Isnin, 8 Mac 2010

Enjin Campro


Enjin Campro Proton

Enjin Campro ialah enjin kereta pertama yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia, Proton dengan kerjasama LotusNamaCampro ialah kependekan bagi Cam Profile (Profil Sesondol). Enjin ini digunakan dalam model-model kereta Proton bermula denganProton Gen-2 diikuti model-model lain termasuk Proton Satria Neo, Proton Waja dan Proton Persona. Enjin ini dibina sebagai membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa dan mematuhi piawaian emisi yang ketat.

Isi kandungan

Enjin DOHC asas

Enjin Campro DOHC asas dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangankilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.

S4PH

  • Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
  • Lubang x lejang: 76 x 88 mm
  • Sesaran enjin: 1598 cc

S4PE

  • Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
  • Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
  • Sesaran enjin: 1332 cc

Enjin Campro CPS dan VIM

tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga Masukan Boleh Laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknoloi VTEC oleh Honda dan VVTi oleh Toyota. Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 127 kuasa kuda pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm. Proses pembangunan enjin ini sering mendapat kritikan di kalangan peminat automotif kerana sering tertangguh walaupun jadual asal bagi penggunaan teknologi sedemikian sepatutnya mula digunakan pada tahun 2005. Enjin Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun 2008. Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-

  1. Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.
  2. Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
  3. Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.

Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia

Enjin Campro IAFM

Campro 1.3L IAFM yang dipasang pada Proton Saga generasi kedua.

Secara ringkasnya, enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), mula dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-

  1. IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
  2. IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.

Enjin Campro IAFM mula digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani sepenuhnya.

Sementara itu, versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada keretaProton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.

Enjin Campro hibrid

Proton dan Lotus telah mengumumkan model prototaip keretaProton Gen-2 yang menggunakan enjin Campro hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan digandingkan denganmotor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi model kereta hibrid.

Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:-

  • Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
  • Kilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N-m @ 4,000 rpm
  • Kuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kw) @ 5,500 rpm
  • Kilasan maksimum (gabungan): 233 N-m @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m berterusan)

Enjin Campro turbo

Pada 13 Disember 2008, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin telah membuat pendedahan bahawa Proton sedang membangunkan versi turbo bagi enjin Campro 1.6 L yang bakal diperkenalkan sekitar tahun 2010-2011. Enjin ini dibangunkan sebagai tindak balas kepada trend pasaran baru di mana enjin bersesaran kecil digunakan tetapi dipasang sistem pernafasan paksaan bagi menghasilkan keluaran kuasa yang setara dengan enjin yang lebih besar, satu konsep yang serupa dengan teknologipengecas berkembar TSI pada kereta Volkswagen Golf Mk5. Tiada butiran sama ada enjin tersebut bakal dilengkapi dengan sistem pemasaan injap boleh laras CPS atau tidak, tetapi keluaran kuasa dianggarkan sekitar 150 bhp

Perancangan masa hadapan

Buat masa sekarang, Proton sedang merancang untuk membangunkan enjin bersesaran lebih tinggi (1.8L dan 2.0L) sebagai pelengkap kepada enjin Campro 1.3L dan 1.6L sedia ada serta sedang berbincang dengan beberapa pihak luar bagi membantu pembangunan enjin. Di samping itu, Proton turut merancang untuk menghasilkan versi diesel bagi enjin Campro.

KOMEN ORANG RAMAI

- aku naik kete guna enjin menda nih ... Ok ... kat highway blh pecut +++.. tp yg tak best nya bila nak naik bukit .... lembab ....kalo kecerunan tinggi kena terus tukar gear 1 ...kalo gear 2 ... boleh berenti tiba2 ...lagi2 kalo ada ramai penumpang.

- enjin campro yang lama (tanpa cps atau IAFM) memang ada masalah kalau gear rendah, low speed low torque lagik. Proton saga yang baru menggunakan iafm untuk mengatasi masalah ini. Prestasi kereta dalam gear rendah telah meningkat, low speed high torque. Nantikan kemunculan enjin campro cps yang lebih advance

- baru baru nih wa nak gi servis keter... keter baru la first servis jadi wa nak pakai minyak hitam sendiri punya sebab wa biasa pakai castrol slx untuk keta lama wa jadi wa nak pakai ar minyak itam yang sama untuk kereta baru nih lepas tuh masa gi proton diaorg cakap yang cam pro tak leh pakai fully syentetic nyer minyak cam pelik ar pulak munya yang dia pakai tuh mobil nyer (20w - 30) yang slx tuh (0w - 30) sepatutnya yang slx tuh lagi bagus lagi elok tapi asal tak leh guna tok campro ek asal enjin tuh cap ayam ker hurrmmmmm wa nak tanya ader sesaper tak pakai minyak sendiri tok campro korang yang fully sycentetic tuk keta korang... wa nak tau adakah ini hanya gimik proton untuk pakai minyak dia atau memang ader effect kat enjin kalau pakai minyak yang fully sycentetic??? jadi ader sesaper yang leh explane kat aku ader effect tak sebab minyak yang aku nak guna tuh castrol slx boleh wat enjin jadi ringan sikit sebab dia 0w tuh yang aku nak mintak pendapat korang sebab wa cuak gak diaorg kater nanti enjin rosak kalau pakai minyak tuh.. anyone can help me...

- Xde sebab nape enjin baru xleh pakai minyak enjin fully-synthetic. Enjin2 generasi baru ni boleh dikatakan semuanya menggunakan sistem 'hydraulic tappet' (takyah adjust, automatik adjust sendiri) yang memerlukan sekurang2nya minyak enjin semi-synthetic. Kalau pakai minyak 20W/50 biasa alamat tak lama rosak la sistem hydraulic tappet tu.. Aku pun rasa itu gimmick diorg jek. Kalau boleh, jgn tukar2 jenis minyak, pakai yg tu je.. dan elakkan beli minyak2 yang takde jenama.. kebanyakannya takde insurans, kalau apa2 jadi kat enjin ko, xleh claim. Dan elakkan beli minyak enjin berjenama di kedai spare part. Sebab ada tiruan. Lebih baik beli di stesen minyak atau wakil jualan yang boleh dipercayai.

- dr kepuasan, waja mitsu paling ngam ... enjin kuat w/pun body berat, pickup power brbanding persona ... bila bwk waja mitsu lagi stabil ...:D … waja campro aku tak penah try tapi kalu enjin sama mcm persona, baik amik waja mitsu coz body waja berat ... Bab rege mmg persona takleh lawan laa ...:D
waja renault jgn bagi masuk dlm mimpi langsung tau ... aku penah pakai 1 thn, 3 kali tow truck tarik masuk bengkel pasal takleh start ... pastu kipas radiator patah, abis pecah radiator kipas tu belasah ... last aku jual tak sampai stahun rugi 10K ...:((

- Waja 1.6 enjin Mitsubishi - Kualiti sederhana, nasib baik dapat yg bagus, nasib tak baik dapat yg tak bagus dan selalu bermasalah. Tapi selalunya kurang bermasalah dan pelanggan kurang komplen pasal enjin kecuali komplen pasal kualiti selain enjin saja. Kos penyelenggaraan sederhana tak mahal sangat tak murah sangat.
Waja 1.8 enjin Renault - Tak bagus, selalu bermasalah, pelanggan selalu komplen pasal enjin yg kurang berkuasa, komponen yg kerap rosak dan kos penyelenggaraan yg mahal (Renault tuu, barang Perancis punya).
Waja 1.6 enjin CamPro - Menurut orang yg pernah guna, kualitinya sederhana, enjin kurang bertenaga pada kelajuan rendah tapi bertenaga pada kelajuan tinggi (RPM tinggi). Wallahhu a'alam.
Persona 1.6 enjin CamPro - Belum ada maklum balas dari pengguna-pengguna yg dah biasa guna persona lagi. Jadi, belum tau kualiti dan tahap kemampuan enjinnya lagi.

- Aku baru je lepas melalui MRR2, Ada eksiden, rasanya 4 buat keta, lane paling kanan..Kemungkinan berpunca dari break mengejut, pastu keta belakang xsempat break.. Yg aku perasan, keta yg terlibat adalah dari belakang sekali..
Waja, Kancil, Persona dan Nissan...
Waja: Bonet depan teruk
Kancil: Depan belakang teruk
Nissan: Belakang je teruk
Persona: Depan je kena, x teruk sangat..
Mmmm... nampak cam persona gagah je, tapi kesian la kat owner coz keta baru tu....

- bagi aku pulak enjin waja mitsubishi ni 4g18, kalau ko tgk mitsubishi lancer yang sebelum ni ( bukan yang latest ni ek)..enjin dia guna 4g18 la...kalau mitsubishi tak yakin dengan enjin tu tak kan la dia berani letak dalam mitsibishi lancer tu...tapi kena ingat la....mitsubishi lancer tu ada tambahan invec111, power la kalau nak banding waja..casis waja pun sebenarnya casis lancer la...
lastly..aku pakai waja mitsubishi ( bukan nak masuk bakul angkat sendiri la )...setakat vios ( walaupun ada vvti) tu...boleh makan...cuma leceh sikit kat city vtech la...kalau city dsi tu tak ada hal la...he he he



Q & A

wujudkah care2 rahsia yang dapat meningkat kan kuase enjin campro.. tanpe perlu menukar enjin?kalau ade boleh tk list kan care2 nye?..adekah enjin campro mempunyai kelebihan kalau dibandingkan
ngan vtec atau supercharger?

-nk tambah power skit2 tu bleh la.. tp tak sepower tuka enjin tebo, vtec, mivec, mahupun supercharge la.. nk power, duit pun mesti power gak.. itu langkah pertama yg harus ada. kemudian baru la leh pertimbangkan..

1. sumbat clucth 1.8, semi-racing 1.6 pun dah memadai.. tak pun biasa2 je tp yg up la dari asal..
2. high-camshaft aka hi-cam.
3. jika dah masuk hi-cam, sumbat lak adjustable campulley.
4. system ekzos, kasi tukar suma.. ekstraktor 4-2-1, piping inlet 1.8", center box jenis spiral (campro pakai ni ok), mufler s-flow/straight flow.
5. open pod air filter (tgk kesesuaian)
6. plug cables performance + spark plugs performance.
7. grounding wires
kelebihannya, minyak lg sep dari vtec bila rpm 4k keatas.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

saya sudah pakai peroton gen2 cps. bagi saya tak ada pembezaan di antara peroton saga.

Tanpa Nama berkata...

ada tak video cara2 nak masukkn blow off untuk satria neo??

Tanpa Nama berkata...

kenapa lampu enjin iafm kejap nyala kejap x.jalan jauh ckit mesti menyala.klu setakat jalan dekat2 x pulak menyala,menyirap pulak men acah2.den nk masuk bengkel pn serba salah.ikutkn ati nk je cabut wayar lampu tu.

Catat Ulasan