Sabtu, 13 Mac 2010

Tips Penjimatan Petrol

Tips Penjimatan Petrol

Cara 1
Isi minyak diwaktu awal pagi atau diwaktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap dari cecair

Cara 2

Isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya kedalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas dan membazirkan petrol anda.

Cara 3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lebih banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

Cara 4
Kurangkan beban berat. Jangan bawa barang yang tidak perlu. Penambahan berat sebanyak 50 kg meningkatkan penggunaan Petrol sebanyak 2%.

Cara 5

Perhatikan tekanan angin tayar anda. Tekanan angin yang berkurangan akan menambah 5% penggunaan petrol kerana geseran berlebihan.

Cara 6
Penyelenggaraan. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%. Rajinlah periksa secara berkala tahap spark plug, beltting, air filter dan minyak enjin

Cara 7
Kelajuan - Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak yang digunakan malahan dapat mengelak dari kena saman. Memandu melebihi 90 km/j akan meningkatkan dengan ketara penggunaan petrol.sayangilah wang dan nyawa anda.

Cara 8

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak jika kereta tidak bergerak.

Cara 9
Penggunaan Gear - Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana rpm injin akan meningkat. Gunakan mod ekonomi jika kereta anda memilikinya.

Cara 10
Brek - Jika anda sudah tahu dimana hendak berhenti, perlahankan kereta anda secara beransur-ansur. Elakkan memberek secara mengejut.ini juga dapat mengurangkan kaar kehausan brek pad kenderaan anda.

Cara 11

Perancangan - Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa wang dan mengelak tekanan. Anda juga boleh mengatur perjalanan anda agar dapat memaksimakan tujuan dalam satu perjalanan. Contohnya balik dari kerja boleh singgah membeli barang, mengisi minyak dan sebagainya. jadi tak perlu keluar berulang kali.jika ingin membuat perjalanan yang jauh,cuba rancang perjalanan pada waktu malam kerana kadar penggunaan petrol akan berkurangan.ini di sebabkan petrol di dalam tangki anda tidak meruap dan cepat habis.pada waktu malam suhu akan menjadi sejuk.petrol akan menjadi kurang meruap.

Cara 12
Minimum - Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%. Kalau sekadar kekedai berhampiran eloklah hanya menaiki moror , basikal atau berjalan kaki sahaja.

Cara 13
Tak perlu pasang air cond kalau cuaca dah sejuk, atau tutup air cond apabila dah nak sampai destenasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan air cond.

Cara 14

Tak usah merempit, cilok sana sini, kalau boleh perlu bijak tekan pedal minyak dengan cara berhemah. Kalau nak jimat kenalah bawa secara sederhana saja tak perlu laju-laju. Yang penting slow & steady saja. Kalau nak racing pergilah masuk sepang drag battle.

Cara 15
Pastikan tingkap kereta tidak dibuka sepenuhnya semasa memandu. Jika tidak kereta anda akan bertambah geseran dan perlahan menyebabkan anda terpaksa menekan lebih banyak pedal minyak untuk bergerak.

Cara 16

Kurangkan perjalan semasa waktu puncak kerana kesesakkan jalanyara juga menyebabkan penggunaan minyak lebih dari biasa. Elok gunakan kereta bergear manual sebab kereta auto lebih banyak makan minyak

Cara 17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa di servis dan tukar minyak pelincir mengikut jadual. Gunakan minyak enjin yang berkualiti untuk memaksimumkan kebersihan enjin. Rujuklah kepada mekanik anda kerana mereka lebih arif tentang hal ini.

Cara 18

Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal minyak semasa warming up kerana ia hanya membazir minyak sahaja.

0 comments:

Catat Ulasan