Isnin, 8 Mac 2010

Sistem Pelinciran Kenderaan

Teori mengenai geseran

Geseran ialah rintangan terhadap gerakan yang ditemui apabila satu benda mengelansar diatas permukaan benda yang satu lagi. Haus ialah istilah yang digunakan bagi kekurangan atau kerosakan yang berlaku pada permuklaan benda akibat gelansar.

Sifat-sifat yang perlu ada pada minyak pelincir diantaranya ialah :-

1. Mempunyai kelikatan yang tinggi.
2. Mempunyai aliran yang mudah/rendah.
3. tahan dengan tekanan.
4. Mempunyai sifat sebagai pembersih.
5. Sesuai dengan suhu yang panas dansejuk.
6. Tidak mudah menjadi wap.
7. Menghalang kuat.




Kelikatan minyak pelincir

Kelikatan merupakan satu ciri yang penting bagi minyak pelincir. Kelikatan adalah dikaitkan sebagai kepekatan atau kecairan minyak pelincir. Dengan lain perkataan, kelikatan ialah kecenderungan atau keupayaan minyak pelincir melawan pengaliran. Kelikatan dibahagikan kepada dua bahagian :-

a) Badan (body)
b) Kebendaliran (Fluidity)

a) Badan

Ianya menjalankan tugas menghalang selaput minyak (oil film) daripada ditelusi semasa beban berat dihasilkan. Hasilnya, bila kuasa terjadi, maka beban menjadi tinggi dengan segera. Badan minyak menahan beban daripada menceraikan selaput minyak antara bearing dan crankpin. Ianya menjadi ‘kusyen’ serta menyerap hentakan itu. Ia juga menolong menjadi adang yang baik antara piston ring dan cylinder wall serta menetapkan selaput minyak berada antara permukaan bearing yang berbeban.

b) Kebendaliran

Kebendaliran ialah keupayaan minyak pelincir mengalir dan merebak pada sesuatu permukaan bearing. Kelikatan dipengaruhi oleh suhu. Apabila suhu bertambah, kelikatan akan bertambah iaitu kebendaliran bertambah dan badan berkurangan.
Nombor S.A.E dan kadar pengaliran.

SAE ialah singkatan dari “ The Society of Automotif Engineers”. Kelikatan minyak pelincir diukur dengan menggunakan ‘Saybolt Universal Viscometer’. Semasa ujian dijalankan, faktor suhu diambil kira kerana factor ini mempengaruhi kelikatan. SAE mengkadarkan kelikatan minyak dengan dua cara yang berbeza iaitu kegunaan dimusim sejuk (winter w) dan panas. Minyak yang digredkan untuk ‘winter’ iaitu S.A.E 5W, 10W, 20W dan musim panas S.A.E 30, 40, 50. Bagi setengah minyak digredkan untuk dua musim seperti S.A.E 20W/50. Nombor S.A.E menunjukkan kelikatan minyak pelincir, semakin besar nombor S.A.E, semakin tinggilah kelikatan minyak pelincir

0 comments:

Catat Ulasan