Isnin, 8 Mac 2010

Variable Turbocharger.

Satu lagi ciptaan khas untuk mengurangkan turbo lag. variable turbo bertindak seperti turbine yang boleh membesar dan mengecil. Terdapat dua ruang dalam turbine berkenaan, ruang besar dan kecil. Ruang kecil diaktifkan pada Rev rendah dari 0-3000 RPM. Jadi tiada lag berlaku kerana kipas kecil yang digerakkan tidak memerlukan sejumlah tenaga yang besar untuk menggerakkannya. Sebaik sahaja gas ekzos mencapai kapasiti optimum, turbine akan membuka ruang yang lebih besar untuk memberi boost yang lebih tinggi.


Twin turbo

Maksud twin turbo adalah penggunaan 2 turbine. biasanya berlaku pada enjin jenis V yang exhaust manifold masing di arah bertentangan. jenis V6, 3 silinder akan bergantung pada satu turbo. menjadikan 6 silinder dan 2 turbo.


Bi turbo/sequential twin turbo

Turbo bertindih. biasanya mempunyai 2 turbo. Sama seperti variable turbo. ia untuk mengurangkan lag. Pada Rev rendah, hanya satu turbine akan berfungsi, dan memaksa angin masuk ke dalam kebuk pembakaran dengan kadar minimum tetapi pada rev tinggi, turbine kedua diaktifkan dan paksaan udara yang masuk lebih tinggi dan kuat.

0 comments:

Catat Ulasan