Isnin, 8 Mac 2010

Bagaimana Menghadapi Situasi Enjin Kereta Mengalami Panas Lampau (Overheating)


Kenapa enjin mati secara tiba-tiba semasa terjadinya panas lampau? Sistem pembakaran dalaman enjin tidak dapat bekerja kerana keadaan enjin yang terlalu panas yang mana suhu bekerja enjin telah melampau daripada standard atau suhu pekerjaan enjin. Keadaan ini berlaku kerana bahan api dan udara terbakar sendiri sebelum lejang kuasa maka operasi enjin tidak lagi stabil.

Apabila kita menghadapi situasi kereta panas lampau (overheating) perlu tenang dan bersabar. Pandu kereta ke tepi jalan atau tolak jika enjin kereta tidak lagi dapat dihidupkan. Gejala panas lampau ialah apabila kita melihat asap keluar daripada depan bonet kereta dengan banyaknya secara tiba-tiba. Kalau dapat buka bonet kereta dengan menggunakan kain jika terlalu panas dan biarkan suhu sistem penyejukan kereta kembali keadaan normal atau tidak panas lagi (1 – 3 jam bergantung keadaan enjin).

Jangan sesekali isi air ke dalam radiator semasa suhu masih panas atau selepas enjin kereta berhenti sendiri. Biarkan dahulu enjin kembali ke suhu normal dan sekiranya air diisikan ke dalam radiator dalam keadaan panas kemungkinan besar boleh menyebabkan enjin kereta mengalami kerosakan teruk seperti overhead gasket pecah dan air radiator akan bercampur minyak serta cylinder head bengkok dan enjin akan kurang kuasa atau bocor. Jika keadaan ini terjadi maka enjin tersebut perlu dibuat top overhaul.

Untuk mengelakkan kerosakan pada enjin maka kita perlu isikan air ke dalam radiator apabila keadaan suhu kembali normal dan kenalpasti punca kerosakan yang menyebabkan berlakunya lampau panas serta segera baiki

0 comments:

Catat Ulasan