Selasa, 16 Februari 2010

Celoteh~Suami Isteri Laki Bini Hasben En Wife~ topik kite....CURANG

Girlfriend boyfriend, pakwe makwe, tunang tunang, kunang kunang, the list is endless. I'd like to touch the subject curang today.
Curang. Maksud curang beda antara kita, ada yang menganggap kumpul banyak scandal itu adalah curang, ada yang menganggap ada hati dan melayan perasaan terhadap orang selain kekasih adalah curang, ada yang menganggap bermain mata dengan orang lain sewaktu pegang tangan kekasih adalah curang, ada yang menganggap kalau kerja KFC kemudian makan McDota adalah curang dan pelbagai lagi tanggapan yang wujud atas latar belakang hidup masing-masing.

Apa maksud curang pada saya? Curang bermaksud menyatakan dan meyakinkan kecintaan terhadap seseorang kemudian melakukan perkara-perkara yang membuang makna terhadap penyataan cinta itu. Uish.

Kenapa orang curang? Rambang mata? Rambang hati? Rambang body? Kenapa? Best eh curang? Tenteram ke curang? Rasa superior ke curang? Rasa hebat eh? Rasa macam hotstuff ah boleh simpan ramai-ramai, seramai ahli Kelab Rekacipta sekolah rendah dulu? Ada juga yang curang sebab dah terlanjur curang. Maksudnya macam dah terjebak hati dan perasaan kepada dua insan berlainan. Maka nak turn back kang kena bomoh pula kan? So baik jangan curang in the first place.

Curang itu menyakitkan tahu. Seorang lelaki bekerja di luar negara, setiap hari tatap gambar anak isteri, balik rumah hoh ada lelaki lain. Sakit kan? Sakit sangat. Sakit dia macam kau dah kumpul duit syiling nak beli Iphone (bayangkan duit syiling weh, berapa lama kumpul), pastu kau bagi mak kau suruh pergi beli sebab hari tuh kau ada tusyen. Sepanjang tusyen kau tengok jam 23 kali sebab tak sabar nak balik. Tiba-tiba kerja tusyen semua mampu siap dalam 5minit padahal selama ini sentiasa fail subjek tersebut, punya kau nak balik cepat tak sabar nak peluk iPhone. Betapa kau nak balik cepat sampai sanggup ceriathon/walkathon pulang sebab transport lambat 2minit. Pastu balik-balik mak kau beli oven.

WEH SAKIT TAHU BILA KEPERCAYAAN DIPERLEKEHKAN BEGITU?! Oh pastu I paling benci orang yang curang pastu dia salahkan pasangan dia. Atau bagi alasan-alasan yang sentiasa tak menuju ke dia, kesalahan curang itu. Kira macam mak kau dah beli oven pastu dia kata "Alaa oven nih nanti kau jugak makan makanan masak kat sini". Haha apa contoh ini menyemakkan otak. Okay korang pikir jelah contoh sendiri dan rasakan keperitannya. Ala macam (ceh nak juga bagi contoh), dia dah kantoi curang, then dia kata "Atleast bila you takde, dia ada, kan you selalu kata I asyik berkepit je ngan you". Serius takde tanggungjawab punya orang. Atau "You yang sibuk ngan gym gym gym (padahal dia yang suruh orang tuh turunkan berat badan sebab dia tak suka perempuan gemuk)". Ha camtu-camtu lah.

Dengar cakap saya, taknak curang-curang

1 comments:

Vicc. ™ berkata...

sangat setuju. sangat menyakitkan.. kalau ada hukuman utk org curang, kan bagus.

Catat Ulasan