Selasa, 22 Mac 2011

Dyno Test @ Dynometer







Saya tgk kebelakangan ni byk org bertanya mengenai dyno atau dynamometer. So disini saya akan ceritakan serba sedikit mengenai dyno, jenis dyno, apa yg boleh diukur dpd dyno, dsb.

Dyno atau dynamometer yg digunakan selalunya kita boleh bahagi kpd 2 jenis, samada: 1)chasis dyno 2)engine dyno. Yg sering kita lihat & jumpa ialah chasis dyno.

Chasis dyno ni dyno jenis yg kita bawak kereta, drive sampai tayar atas rollers & kita boleh mula measure variables yg kita nak ukur. Kereta yg AWD perlu dyno yg lain sebab rollers perlu diletak pd keempat2 tayar utk mendapat bacaan yg tepat. Selalunya chasis kereta diikat pd point2 tertentu utk mengelakkan pergerakan yg boleh bagi bacaan tak tepat.

Apa yg boleh kita ukur? Selalunya kita bole dptkan air/fuel ratio, intake temp, exhaust temp, CO2 emmision, power, traction, dsb. So bila kita pergi dyno kereta kita, tanya tuan kedai, apa yg dia ukur, apa yg dia buat etc, jgn just bawak kereta, letak atas rollers, rev tinggi, then bayar ratus. Apa yg kita nak ialah comprehensive analysis mengenai enjin kita, bukan just power figure. Power figure tak bagitau yg enjin kita lean pd rev tertentu, yg mana tunggu masa je nak jadi detonation & tunggu masa saja poket kita nak kosong sebab kena rebuild enjin. Be critical, fikir, & analisa sendiri apa yg kita buat. Make sure juga dia letak kipas bsar depan intake kereta kita, or else jadi heat build up, yg mana boleh bagi result yg tak tepat & kalau teruk heat soak tu boleh rosakkan enjin kita sendiri, so hati2. Bila dah dpt power curve pd graf, jgn terus puas hati. Pastikan power curve tersebut reproducable/repeatable, yg mana bilasampai tahap tersebut baru menunjukkan nilai yg sebenar. Jika hanya sekali sahaja, kita tak boleh pasti samada power curve tersebut just by luck ke, ada faktor2 lain sebabkan ke cthnya pergerakan chasis, dsb. Kalau repeatable, then baru boleh confirm yg itulah final curve yg boleh kita dpt dpd enjin tu. Kalau tak faham nak baca curve tersebut, tanya tuan kedai, kalau dia sendiri tak boleh explain, saya cadangkan cari kedai lain next time (kalau nak mintak tolong saya interpret pun tak pa, just email me in jpeg form) Nilai yg kita dpt bila menggunakan chasis dyno ialah power reading "on wheel". Graf chasis dyno akan plot power & tractive effort, bukan power & torque spt engine dyno. Tractive effort ni berkadar terus la dgn torque, tapi ianya mengambil kira drivetrain loss, tyre diameter, dsb.

Selain dpd chasis dyno, satu lagi jenis dyno yg jarang kita jumpa ialah engine dyno. Engine dyno selalunya digunakan oleh car manufacturers, racing company, dsb yg nak exact performance dpd enjin tersebut. Advantage engine performance ni ialah byk variable yg kita boleh ukur, boleh kita ubah & boleh kita kawal. Data logging mmg mudah, so senang nak buat analisa lepas dyno. Byk lagi sensor yg boleh digunakan so boleh kata hampir semua variable boleh kita tahu nilainya. Dgn engine dyno pun lagi senang utk push enjin 100% pd masa yg lama, cthnya utk replicate situasi semasa race/on track etc2. Disadvantagenya? Enjin perlu dibawa keluar dpd chasis lah sebelum guna engine dyno. Harganya pun mmg lebih mahal utk buat engine dyno, yg mana tidak cost effective kalau kita nak buat minor adjustment cthnya lepas adjust management system, upgrade parts etc2. Engine dyno adalah dyno yg paling tepat utk dptkan power figure bagi enjin tersebut, tapi kita kena ambil kira faktor2 lain spt kos dsb.

So sekarang kita dah faham jenis & perbezaan dyno machine yg ada, kita kena juga tahu apa faktor2 lain yg boleh merubah power curve enjin kita.

Bila kita pilih satu2 kedai utk dyno kereta kita, yg plg penting kita nak kena tau ialah berapa tepat dyno machine tersebut? Kalau tak accurate, tak guna kita bayar ratus2 utk dyno enjin kita, buang duit je. Bila last dia calibrate? Dia ada buat atmospheric correction? Atmospheric correction ni penting utk calibrate machine dgn air pressure, tempreature, humidity yg spesifik dgn tempat dyno tersebut. Kalau dia tak buat correction, result boleh lari jauh dpd asal. Apa jenis petrol yg digunakan? Kdg2, sesetengah kedai dia test menggunakan petrol sendiri, yg mana selalunya lagi berkualiti/RON tinggi, cthnya 98+RON atau menggunakan octane booster. Ini boleh bagi misleading result sebab dgn ptrol RON tinggi/octane booster, kita boleh push enjin tu lebih power dpd sepatutnya cthnya timing, boost pressure etc2, yg mana akan bagi power curve yg lagi tinggi. Tapi bila kita isi petrol yg tak sama, kita tak boleh dpt performance yg sama sebab most likely akan jadi knocking, & ECU enjin kita akan retard timing yg mana akan bagi performance yg lagi rendah dpd yg kita jangkakan. Adakah kedai tersebut juga pakai lubricants-nya sendiri sebelum dyno kereta kita? Dgn oil temp yg tinggi & water/coolant temp rendah, boleh bagi extra power pd enjin dgn kurangkan friction dsb. Pd gear berapa power curve tu dia dpt? Kalau setakat low gear-low speed test, then dia teka2 je power figure kita, rugi je la dyno kedai tu, bohong je tu. Ada dia ubah timing masa test & adjust balik/rendahkan balik bila bagi dkt kita? Ni boleh bagi power curve yg tak tepat jugak, & obviously penipu, boleh bawak tribunal pengguna ni

Then kita tgk mcm mana peak power figure utk enjin kita. Mmg kita nak dptkan yg lg bagus, yg paling tinggi utk enjin kita, tetapi kita kena tau mcm mana nak consider power curve tu bagus ke tidak. Selalunya dia bagi kita figure yg kata x kW at 7000rpm, cthnya la. Tapi, itu pd peak rpm. Yg penting kita nak tahu ialah mcm mana power curve kita pd nrmal rpm range, iaitu rpm range yg selalu kita guna hari2? Berapa lama sgt enjin kita push sampai 7000rpm or 8000rpm atau lebih pd setiap masa? Berberapa saat je. So yg penting kita tgk rpm range yg ideal/usable range, katakanlah utk satu kereta turbocharged, rpm idealnya dari 4500-8000rpm, enjin tu boleh hasilkan 252kW@8000rpm, & pd range 4500-8000rpm, power outputnya dlm anggaran 245kW. Then ada satu lagi kereta, boleh produce 270kW@8000rpm, obviously kita nampak lagi tinggi, tapi pd range 5000-8000rpm, outputnya hanya dlm anggaran 235kW. Obviously kereta yg pertama boleh outperform kereta kedua on road (saya tekankan disini 'on-road', bukan pd track, yg mana kereta yg kita akan selalu drive ni akan digunakan on road pun, bukan bawak ke track unless utk race, itupun utk short sprint, 400m, 0-100km/h mmg boleh menang lagi. Apa yg saya maksudkan track ialah race full circuit spt F1 etc2. Yg ni saya akan terangkan kemudian mcm mana nak buat).

10 comments:

Sarah Suhaimi berkata...

ari2 xbg org komen..skrg dah leh yerk..hehe..biar aku wt kcau kt blog ko..sbb slain 2,ape lg aku leh wt..aku xphm bnda2 ni..hehe

analyzer berkata...

haha...x paham x pe la...buat2 paham je...
awak tu syariah...kite ni engineering...
mcm langit dgn bumi...hahaha...
pe mcm?ok x blog aku?huhu...

Ibnushukran berkata...

wah nice blo bro analyzer.. ni y buat xsabar nk ada kete ni,skrang ni pkai m0to j,infrmation kt sini untk kete2 j.. hurmm..

analyzer berkata...

sabo tu kan separuh dari iman bro,isyaallah,allah dah pun menjanjikan tiap2 hambanya rezeki...esok2 lusa dpt ar tu nnt huhu

Arya Putra berkata...

aku dah stop main kete, moto..sekarang main PC plak..ekekeke..

Analyzer Programmer berkata...

hoho...bidang automotif ni mmg minat aku dari skolah bro..hehe...x blh nak pisah..ade je teknologi baru aku mesti nak tau hehe...

cityiklan berkata...

skali servis bape kene charge?

Analyzer Programmer berkata...

Cityiklan,servis tu depend pada saudara nak servis ape.kalo just stakat nak tau horse power je blm 300...
tapi kalo da skali nak set tunning tu lebih lagi la...workshop terbaik dyno stakat ni yg sy da kene ialah GT Auto Sunway...mmg best dieorg tune...
refer sini http://www.gt-auto.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22&Itemid=47

Unknown berkata...

Aku dyno dlm xbox320 je...

hery berkata...

Assalam..selain gt auto ade x..

Catat Ulasan