Isnin, 12 April 2010

KENAPA PERLU MENUKAR MINYAK PELINCIR

minyak enjin secara amnya boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu jenis Mineral
(SAE 20W-50)
Semi Synthetic (SAE 10W-40)
Fully Synthetic (SAE 5W-30)
Untuk menukar minyak enjin bagi sesebuah kenderaan hendaklah kita kenal pasti dahulu jenis minyak yang sesuai untuk digunakan terutama mengikut cadangan atau speksifikasi daripada pengeluar kenderaan. Ini adalah kerana mungkin memberi kesan ke atas prestasi enjin semasa beroperasi jika mengunakan minyak yang tidak sesuai.

Kenapa kita perlu tukar minyak enjin berserta penapis bagi setiap perjalanan 5,000KM bagi sesebuah kereta ?

Minyak enjin mempunyai kelikatan masing-masing mengikut gred yang mana tugas minyak ini adalah sebagai pelincir bagi komponen yang bergerak dalam sesebuah enjin seperti piston, crankshaft, connecting rod, camshaft dan lain-lain. Apabila enjin dihidupkan maka minyak enjin akan turut mengalir sebagai pelinciran di antara komponen dalaman enjin. Semakin lama enjin berpusing atau kereta bergerak jauh maka tahap kelikatan minyak enjin akan menurun. Ini kerana pelinciran minyak mengalir di antara komponen akan berkeadaan panas dan dalam kata lain ia terbakar serta mengubah sifat dari likat kepada kurang likat dan warnanya minyak juga berubah dari kuning ke hitam.

Jika minyak enjin terus digunakan tanpa diganti baru selepas perjalanan kereta 5,000KM maka kelikatan minyak ke tahap menurun dan semakin lama ia menjadi tidak likat langsung. Jika minyak tidak lagi likat maka ia boleh mengakibatkan kerosakan ke atas komponen enjin seperti berlaku kehausan yang teruk dan enjin menjadi cepat panas semasa beroperasi. Kehausan komponen yang paling ketara ialah kerosakan terhadap piston ring menjadi haus, kesannya enjin mengeluarkan asap putih yang banyak dan minyak enjin cepat kurang kerana minyak enjin telah naik melalui piston ring yang haus ke dalam ruang pembakaran enjin serta ia turut terbakar semasa lejang kuasa dan asap ekzos yang keluar juga menjadi putih berkepul-kepul dan berbau minyak enjin terbakar.

Oleh itu, jagalah kereta kita dengan baik dan tukar minyak enjin serta penapis mengikut tempoh yang dibenarkan agar jangka hayat kereta lebih tahan lama.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

kreta wira leh x pakai minyak yg 5w/30

Tanpa Nama berkata...

kereta gua piston ring sudah haus...

Catat Ulasan