Sabtu, 13 Februari 2010


Turbo ialah sistem induksi paksaan(forced induction) bagi meningkatkan keupayaan sebuah enjin kenderaan. kuasa sebuah enjin bergantung pada tahap kemasukan oksigen ke dalam kebuk pembakaran.(Cube pandu kereta pada waktu malam/pagi dan pada waktu tghari yang panas. Ada sedikit perbezaan kuasa sebab udara malam/pagi lebih sejuk membekalkan lebih oksigen berbanding udara panas.) Dalam sistem turbo, udara akan disedut dengan lebih banyak kedalam kebuk pembakaran yang akan memberi lebih kuasa, lebih laju. Lihat gambar dibawah. Engine: Sistem akan akan bekerja seperti biasa. Exhaust manifold: Akan mengeluarkan asap hasil pembakaran. Turbine: Asap yang dikeluarkan akan melalui turbine dimana ia akan memusingkan turbine. Pada hujung turbine akan dipasangkan air intake untuk menyedut oksigen apa bila turbine itu berputar. Asap dan tekana(boost) yang berlebihan akan dikeluarkan melalui wastegate(sering mendengar bunyik 'kepish' dari turbo? ha dari sini lah. Tapi kebanyakkan sistem turbo yang datang bersama kenderaan terus dari kilang seperti Golf Gti mempunyai sistem turbo yang di 'setting' secara terliti jadi tidak mempunyai boost yang berlebihan). Intercooler: Disebabkan sistem turbo dihasilkan melalui turbine yang dijana oleh sistem eksoz, makn udara yang disedut oleh air intake akan menjadi panas(panas=kurang oksigen). jadi sistem penyejukkan intercooler digunakan untuk menyejukkan udara yang panas. Udara akan disalurkan semula kedalam enjin untuk kuasa tambahan yang besar. Jadi sitem turbo ini hanya melibatkan exhaust manifold yang boleh 'dilekatkan' turbine dan intercooler untuk menyejukkan udara. Kenderaan biasa seperti Saga BLM, Satria Neo juga boleh meletakkan sistem ini cume ia tidak semurah dan semudah itu. Apabila mempunyai kuasa yang tinggi, ketahanan struktur dalaman enjin juga perlu diambil kira. Sekian.

0 comments:

Catat Ulasan