Selasa, 16 Februari 2010

Celoteh~Suami Isteri Laki Bini Hasben En Wife~ topik kite....CURANG

Girlfriend boyfriend, pakwe makwe, tunang tunang, kunang kunang, the list is endless. I'd like to touch the subject curang today.
Curang. Maksud curang beda antara kita, ada yang menganggap kumpul banyak scandal itu adalah curang, ada yang menganggap ada hati dan melayan perasaan terhadap orang selain kekasih adalah curang, ada yang menganggap bermain mata dengan orang lain sewaktu pegang tangan kekasih adalah curang, ada yang menganggap kalau kerja KFC kemudian makan McDota adalah curang dan pelbagai lagi tanggapan yang wujud atas latar belakang hidup masing-masing.

Apa maksud curang pada saya? Curang bermaksud menyatakan dan meyakinkan kecintaan terhadap seseorang kemudian melakukan perkara-perkara yang membuang makna terhadap penyataan cinta itu. Uish.

Kenapa orang curang? Rambang mata? Rambang hati? Rambang body? Kenapa? Best eh curang? Tenteram ke curang? Rasa superior ke curang? Rasa hebat eh? Rasa macam hotstuff ah boleh simpan ramai-ramai, seramai ahli Kelab Rekacipta sekolah rendah dulu? Ada juga yang curang sebab dah terlanjur curang. Maksudnya macam dah terjebak hati dan perasaan kepada dua insan berlainan. Maka nak turn back kang kena bomoh pula kan? So baik jangan curang in the first place.

Curang itu menyakitkan tahu. Seorang lelaki bekerja di luar negara, setiap hari tatap gambar anak isteri, balik rumah hoh ada lelaki lain. Sakit kan? Sakit sangat. Sakit dia macam kau dah kumpul duit syiling nak beli Iphone (bayangkan duit syiling weh, berapa lama kumpul), pastu kau bagi mak kau suruh pergi beli sebab hari tuh kau ada tusyen. Sepanjang tusyen kau tengok jam 23 kali sebab tak sabar nak balik. Tiba-tiba kerja tusyen semua mampu siap dalam 5minit padahal selama ini sentiasa fail subjek tersebut, punya kau nak balik cepat tak sabar nak peluk iPhone. Betapa kau nak balik cepat sampai sanggup ceriathon/walkathon pulang sebab transport lambat 2minit. Pastu balik-balik mak kau beli oven.

WEH SAKIT TAHU BILA KEPERCAYAAN DIPERLEKEHKAN BEGITU?! Oh pastu I paling benci orang yang curang pastu dia salahkan pasangan dia. Atau bagi alasan-alasan yang sentiasa tak menuju ke dia, kesalahan curang itu. Kira macam mak kau dah beli oven pastu dia kata "Alaa oven nih nanti kau jugak makan makanan masak kat sini". Haha apa contoh ini menyemakkan otak. Okay korang pikir jelah contoh sendiri dan rasakan keperitannya. Ala macam (ceh nak juga bagi contoh), dia dah kantoi curang, then dia kata "Atleast bila you takde, dia ada, kan you selalu kata I asyik berkepit je ngan you". Serius takde tanggungjawab punya orang. Atau "You yang sibuk ngan gym gym gym (padahal dia yang suruh orang tuh turunkan berat badan sebab dia tak suka perempuan gemuk)". Ha camtu-camtu lah.

Dengar cakap saya, taknak curang-curang

Sabtu, 13 Februari 2010


Turbo ialah sistem induksi paksaan(forced induction) bagi meningkatkan keupayaan sebuah enjin kenderaan. kuasa sebuah enjin bergantung pada tahap kemasukan oksigen ke dalam kebuk pembakaran.(Cube pandu kereta pada waktu malam/pagi dan pada waktu tghari yang panas. Ada sedikit perbezaan kuasa sebab udara malam/pagi lebih sejuk membekalkan lebih oksigen berbanding udara panas.) Dalam sistem turbo, udara akan disedut dengan lebih banyak kedalam kebuk pembakaran yang akan memberi lebih kuasa, lebih laju. Lihat gambar dibawah. Engine: Sistem akan akan bekerja seperti biasa. Exhaust manifold: Akan mengeluarkan asap hasil pembakaran. Turbine: Asap yang dikeluarkan akan melalui turbine dimana ia akan memusingkan turbine. Pada hujung turbine akan dipasangkan air intake untuk menyedut oksigen apa bila turbine itu berputar. Asap dan tekana(boost) yang berlebihan akan dikeluarkan melalui wastegate(sering mendengar bunyik 'kepish' dari turbo? ha dari sini lah. Tapi kebanyakkan sistem turbo yang datang bersama kenderaan terus dari kilang seperti Golf Gti mempunyai sistem turbo yang di 'setting' secara terliti jadi tidak mempunyai boost yang berlebihan). Intercooler: Disebabkan sistem turbo dihasilkan melalui turbine yang dijana oleh sistem eksoz, makn udara yang disedut oleh air intake akan menjadi panas(panas=kurang oksigen). jadi sistem penyejukkan intercooler digunakan untuk menyejukkan udara yang panas. Udara akan disalurkan semula kedalam enjin untuk kuasa tambahan yang besar. Jadi sitem turbo ini hanya melibatkan exhaust manifold yang boleh 'dilekatkan' turbine dan intercooler untuk menyejukkan udara. Kenderaan biasa seperti Saga BLM, Satria Neo juga boleh meletakkan sistem ini cume ia tidak semurah dan semudah itu. Apabila mempunyai kuasa yang tinggi, ketahanan struktur dalaman enjin juga perlu diambil kira. Sekian.

Selasa, 2 Februari 2010


info tentang enjin V-TEC

VTEC- VTEC bermaksud Variable valve Timing and Electronic Control. satu makenisma untuk optimizing air/fuel mixture flow melalui engine.

ada 4 jenis VTEC iaitu (tulisan yg kita nampak kat atas cover enjin vtec)
VTEC- (bebudak keta selalu panggil enjin ni vtec kecik)-high output high rpm
VTEC- (bebudak panggil vtec besar)-mild gains for practical uses
VTEC-E-ultra low fuel consumption
3 STAGE VTEC-high output dan ultra low fuel consumtion.

kelebihan
macam kita semua tahu VTEC ni cuma berfungsi apabila dalam RPM tinggi...kalau korang nak paham contoh macam kalau kita bawak kereta pastu kat depan ada lori. apa yg perlu kita buat untuk meng'active'kan VTEC ni dgn menukar gear rendah supaya RPM meter kita tinggi dan time tu VTEC berfungsi dgn memberi lebih power pada kereta kita.....so kelebihan VTEC adalah versetile dia....kita boleh jadi pemandu berhemah dan bila bila masa boleh merempit ikut sukati kita....

honda yg menggunakan VTEC
# 1996-Current Honda Civic EX coupe and sedan: 1.6L SOHC VTEC I4
# 1999-Current Honda Civic Si coupe: 1.6L DOHC VTEC I4
# 1996-Current Honda Civic HX: 1.6L SOHC VTEC-E I4
# 1998-Current Honda Accord LX/EX I4 coupe and sedan: 2.3L SOHC VTEC I4
# 1998-Current Honda Accord LX/EX V6 coupe and sedan: 3.0L SOHC VTEC V6
# 1997-Current Honda Prelude Base/Type-SH: 2.2L DOHC VTEC I4
# 1993-Current Acura Integra GS-R coupe and sedan: 1.8L DOHC VTEC I4
# 1999-Current Acura TL: 3.2L SOHC VTEC V6
# 2001-Current Acura CL: 3.2L SOHC VTEC V6
# 1991-Current Acura NSX: 3.2L DOHC VTEC V6

VTEC HANYA BERFUNGSI APABILA DALAM RPM TINGGI, JADI KERETA VTEC ADALAH SAMA SEPERTI KERETA YG TAK PAKAI-VTEC APABILA DALAM RPM RENDAH. TAPI ADA GOLONGAN YG BAWAK KETE VTEC NI DALAM RPM RENDAH KONONNYA 'NAK JAGA ENJIN', VTEC NI SEMEMANGNYA MEMBUANG DUIT BAGI GOLONGAN MEREKA INI!!!

SEPANG DRAG BATTLE CHALLENGE



drag battle bakal berlangsung pada 20 Feb 2010.
so mesti ramai kaki2 drag yg masuk event ni tengah "cai" mesin dieorang.
mane tak nyer,tiap kali event je,saingan gile sengit tak hengat..
jarak mase pun berapa point jer (detik)..

adat permainan,ade kalah dan ada pula pemenang..
pada yang kalah bukan kerana anda tidak power,mungkin tiada rezeki.
pada yang menang,jangan ingat akan datang pasti menang...hehehe..

so tiket macam biasa la,
-parking = RM5
-paddock = RM50
-grandstand = RM10

Srikandi Cintaku...



walau ku kembara sedunia,
walau ku temu ramai wanita,
nyata kau tiada tandingannya,
seikhlas hati aku menyinta,
wahai jelita kau istimewa,
nurfaain othman....